Thursday, September 30, 2010

Kambing anti graviti

Agaknye ape yang menarik perhatian kambing-kambing ni berada di tepian empangan hidroelektrik ni yek? Takkan setakat nak makan rumput-rumput yang terselit celah batu tu? Gambar kurang jelas, sila klik..
hebat kn..tp cm pelik je..isk2
sources from:
http://mediamalaya.com/kambing-anti-graviti/

Wednesday, September 22, 2010

Isa selamatkan manusia daripada Dajal


DAJAL adalah orang yang menyembunyi dan mengubah perkara yang benar dengan perkataan dusta atau perbuatan sihirnya. Rasulullah kerap mengingatkan umatnya dalam beberapa hadis mengenai perkara ini.

Amaran atau peringatan itu agar umat Islam dapat mengelak diri daripada bencana dan pengaruh Dajal yang amat berbahaya.

Dalam satu hadis daripada Al-Nawwas bin Sam_an, katanya: _Rasulullah saw menyebut perihal Dajal dan menyatakan: _...Sebenarnya Dajal itu seorang muda yang rambutnya kerinting, biji matanya timbul (buta sebelah); ... sebenarnya dia akan keluar di satu tempat antara negeri Syam (Syria) dan Iraq.

_Dia akan melakukan kerosakan di serata tempat yang dia sampai kepadanya (dengan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai Tuhan mewah makmur, dan kampung orang yang enggan menerima dakwaannya susah meleset.

_Dia akan menunjukkan kepandaian sihirnya dengan menjadikan tempat yang terbiar dan tanah yang kering kontang mengeluarkan khazanah bumi dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau subur.

_Juga menjadikan orang muda yang kuat gagah dibelah dua badannya, sepotong dicampakkan jauh daripada yang satu lagi, kemudian diseru lalu kedua-dua potongan badan itu bersatu dan orang muda itu pun hidup semula dengan tersenyum-senyum seolah-olah tidak ada sesuatu yang menimpanya.

mcm inilah gambaran dajal yang selalu diperkatakn..nauzubillah~



_Demikian juga mana-mana yang menyembahnya dimasukkan ke dalam syurganya yang dirasai oleh orang itu sebagai neraka, sebaliknya orang yang enggan menyembahnya dimasukkan ke dalam nerakanya yang dirasai oleh orang itu sebagai syurga; dan sebagainya).

_Nabi bersabda lagi: _Wahai sekalian hamba Allah, selepas kamu mengetahui demikian, maka tetapkanlah iman kamu, jangan terpengaruh kepada dakwaannya!_

Kami bertanya: _Ya Rasulullah! berapa lama dia akan bermaharajalela di bumi?_

Baginda menjawab: _Empat puluh hari, hari yang pertama, panjangnya seperti setahun dan hari yang kedua, panjangnya seperti sebulan dan hari yang ketiga seperti seminggu, manakala hari yang lain seperti hari kamu yang biasa._

Kami bertanya lagi: _Ya Rasulullah! jika demikian, hari yang panjangnya seperti setahun itu, misalnya cukupkah kami mengerjakan pada-Nya sembahyang untuk sehari?_

Baginda menjawab: _Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu sekadar masa yang biasa kamu lakukan._

Rasulullah menerangkan lagi: _Ketika Dajal itu bermaharajalela, Allah akan menghantar turun Nabi Isa anak Mariam, lalu dia turun berhampiran dengan menara putih yang letaknya di timur bandar Damsyik, maka Nabi Isa pun mengejar Dajal hingga dapat menawannya di pintu kariah yang bernama _Lud_ lalu membunuhnya.

Selepas itu, datanglah suatu kaum yang Allah sudah selamatkan mereka daripada bencana Dajal menghadap Nabi Isa, lalu Nabi Isa menghapuskan kesan kedukaan dan kesedihan daripada air muka mereka dengan menyatakan: _Bahawa Dajal sudah pun dibunuh dan menggembirakan hati mereka dengan darjat kedudukan mereka dalam syurga_.

Nabi bersabda: _Bahawa ketika Nabi Isa sedang menerangkan perkara yang menggembirakan mereka, Allah mewahyukan kepada Nabi Isa dengan firman-Nya: _Bahawa Aku sudah mengeluarkan sekumpulan hamba-Ku (Yakjuj wa Makjuj) yang tidak ada daya upaya bagi sesiapa pun memerangi mereka.

_Oleh itu bawalah hamba-Ku yang bersama kamu berlindung di bukit Tursina. Selepas itu Allah mengeluarkan Yakjuj wa Makjuj dan mereka pun meluru turun daripada tiap-tiap tempat yang tinggi._

_Nabi Isa dan pengikutnya pun terkepung lama di bukit itu hingga kepala lembu menjadi lebih berharga dan lebih baik kepada mereka daripada seratus dinar kepada seseorang kamu sekarang.

_Lalu Nabi Isa dan pengikutnya merayu kepada Allah supaya membinasakan musuh mereka, maka Allah menghantarkan ulat menyerang batang leher Yakjuj wa Makjuj, mereka pun mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa.

_Kemudian Nabi Isa dan pengikutnya turun dari bukit itu lalu mereka dapati tidak ada barang sejengkal pun di bumi, melainkan penuh dengan bau hapak dan busuk disebabkan bangkai Yakjuj wa Makjuj.

_Maka Nabi Isa dan pengikutnya merayu lagi kepada Allah, lalu Allah menghantar sekumpulan burung yang batang lehernya seperti unta, maka kumpulan burung itu pun mengangkut dan mencampakkan bangkai itu ke tempat yang dikehendaki Allah.

_Kemudian Allah menurunkan hujan lebat yang sebarang bangunan tidak dapat menahan airnya daripada meliputi serta mencuci muka bumi hingga menjadi bersih dan rata seperti cermin.

_Allah berfirman kepada bumi: _Tumbuhkanlah tanaman kamu dan keluarkanlah buah kamu, dan kembalikanlah segala nikmat kamu._

_Maka pada masa itu, sebilangan orang boleh kenyang dengan hanya memakan sebiji delima dan boleh berteduh dengan kulitnya dan pada masa itu juga diberkati Allah pada susu hingga perahan seekor unta, mencukupi untuk diminum oleh satu kaum yang besar jumlahnya.

_Susu seekor lembu perahan juga mencukupi untuk diminum oleh satu kabilah dan susu seekor kambing perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu suku kaum._

Nabi bersabda lagi: _Ketika manusia sedang menikmati kemakmuran dan kemewahan berkenaan, tiba-tiba Allah menghantar sejenis angin yang baik... lalu mengambil nyawa setiap orang yang baik, mukmin dan Muslim, dan tinggallah saja orang yang jahat dengan keadaan bercakaran sesama sendiri dan berhubung jenis seperti haiwan, maka pada zaman mereka inilah berlakunya hari kiamat._

Dan pada satu riwayat yang lain: _Kemudian Allah menghantar sejenis angin yang sejuk nyaman, yang datangnya dari arah negeri Syam, maka pada saat itu tidak tinggal di atas muka bumi seorang pun yang ada dalam hatinya seberat zarah kebaikan, melainkan diambil nyawanya oleh angin itu._

Nabi bersabda lagi: _Maka tinggallah saja orang jahat yang cepat bergerak melakukan maksiat dan kederhakaan secepat burung terbang, dan yang menceroboh serta menzalimi satu sama lain seperti binatang buas; mereka tidak suka dan tidak mengenal perkara yang baik, dan tidak benci serta tidak melarang daripada melakukan perkara yang buruk._

Pada saat itu, syaitan menyamar diri kepada mereka dan bertanya: _Tidak malukah kamu meninggalkan jalan mendampingi diri kepada Allah? Tidak mahukah kamu menurut ajakan aku? Maka mereka pun bertanya: _Jika demikian apa yang engkau suruh kami lakukan?

Syaitan pun menyuruh mereka menyembah berhala untuk mendampingkan diri mereka kepada Allah (kononnya), mereka menerima ajakan syaitan itu lalu menyembah berhala, sedangkan rezeki mereka mencurah-curah dan penghidupan mereka baik dan mewah; kemudian ditiup sangkakala, yang pertama, yang mematikan segala yang bernyawa ..._ _ (Hadis riwayat Muslim).

Diingatkan bahawa hadis berkenaan dengan zahirnya Mahadi, keluarnya Dajal dan turunnya Nabi Isa adalah hadis yang sampai kepada martabat hadis _mutawatir_, demikianlah ditegaskan oleh ulama hadis.